26.2 C
Malaysia
Friday, December 8, 2023

Dua Kali Lagu Negaraku Berkumandang di Thailand

KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun menanti, Zaqhwan Zaidi kembali menemui keceriaan di pentas podium apabila memenangi Perlumbaan 1 Pusingan 1 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Thailand, hari ini.

Zaqhwan yang memulakan 13 pusingan perlumbaan kelas perdana ASB1000 di petak utama, menemui garisan penamat saingan dengan catatan keseluruhan 21 minit 04.947 saat (s), mengatasi pencabarnya dari pasukan Yamaha Thailand Racing Team, Anupab Sarmoon yang ketinggalan 0.524s di belakang.

Pelumba Jepun, Haruki Noguchi yang mewakili pasukan SDG Motor Sports Harc-Pro Ph melengkapkan pentas podium dengan berada di tempat ketiga, 21:05.480s.

“Pada awal saingan, ia sedikit sukar mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas dan perasaan terhadap jentera pun sedikit berbeza. Namun dari semasa ke semasa saya berjaya memintas pelumba lain.

“Mungkin saya mempunyai pengalaman di sini dan mengeluarkan semua skil yang dimiliki untuk saya terus berjuang dan pada akhirnya memenangi perlumbaan,” kata Zaqhwan yang kali terakhir memenangi perlumbaan di pentas ARRC pada Perlumbaan 1 Pusingan 7 di litar yang sama pada 2019.

Dalam pada itu, lagu Negaraku turut berkumandang dalam kelas Underbone 150 apabila Md Izzat Zaidi Md Salehan dari pasukan Pitsbike JRT OneWay memenangi perlumbaan.

Izzat melengkapkan Perlumbaan 1 dengan catatan keseluruhan terpantas 16:43.348s sekali gus mengatasi pencabarnya dari Indonesia, Muhammad Yordan Badaru (LFN HP969 Indonesia Racing Team) yang ketinggalan 0.240s di belakang.

Rakan senegaranya, Wahyu Aji Trilaksana dari ONEXOX TKKR Racing Team yang menggunakan jentera Yamaha Y15 ZR berada di tempat ketiga dengan catatan keseluruhan 16:43.942s.

Sumber : New Straits Times

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 8, 2023 1:34 am

Latest Articles

Skip to toolbar