21.8 C
Malaysia
Friday, December 8, 2023

Dron Nano mampu terbang sejauh 3km

Dron Nano UAV sebesar tapak tangan yang dipasarkan sebuah syarikat tempatan mampu terbang sejauh dua hingga tiga kilometer (km) selama 25 minit untuk menjalankan misi risikan dan mengesan musuh walaupun pada waktu malam.

Pengarah Pembangunan Perniagaan Delta Masis (M) Sdn Bhd, Masri Muhammad, berkata dron itu yang mampu terbang setinggi 2,000 meter dilengkapi kamera berkualiti tinggi bagi memastikan setiap inci pergerakan serta kedudukan musuh dapat dikesan.

“Dron yang mempunyai alat pengesan itu berkuasa elektrik. Malah, ia juga dilengkapi alat pandang malam (NGV) untuk beroperasi dalam gelap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Perkhidmatan Keselamatan Asia (NATSEC) 2022, hari ini.

Masri berkata, keistimewaan lain dron itu ialah mempunyai pelan laluan pulang supaya ia tidak hilang kawalan atau sesat ketika digunakan untuk operasi.

“Selain itu, ia mampu digunakan dalam kawasan bangunan kerana mempunyai sistem ‘guidance avoidance’ (elak halangan).

“Harga bagi sebuah dron buatan China ini adalah AS$165,000 atau mencecah lebih RM800,000 untuk setiap unit,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 7, 2023 4:00 pm

Latest Articles

Skip to toolbar