ADA Apa Dengan Saka membawa kisah Aina dan Madi yang jatuh cinta pandang pertama apabila Madi mengetahui kebolehan luar biasa Aina.
Aina yang terpaksa membawa diri ke bandar apabila orang kampung tidak dapat menerima kebolehan luar biasa beliau yang boleh melihat benda ghaib, bertemu dengan Madi dan mereka jatuh cinta.
Disebabkan cinta terhadap Aina, Madi tekad untuk membantu Aina pulih dari masalah yang dihadapi dan pada masa yang sama, Aina membantu merungkai masalah Madi dan keluarganya yang sering diganggu makhluk ghaib.
Saksikan lakonan mencuit hati dari barisan pelakon Syazwan Zulkifly, Shiha Zikir, Wanns Ahmad, Myra Natasya, Dynas Mokhtar, Watie Elite dan Azri Iskandar.
Drama bersiri 20 episod ini akan ditayangkan setiap hari Khamis, bermula 19 Mei sehingga 21 Julai, jam 8:30 malam di TV9, slot Diandra.
Sumber : Berita Harian
Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter