31.7 C
Malaysia
Saturday, May 27, 2023

Drama Ayahanda bakal difilemkan selepas maklum balas positif

HIGHLIGHT : Episod 1 | Ayahanda

Kuala Lumpur: Syarikat penerbitan juga penerbit drama Ayahanda, Zeel Production bercadang mengangkat kisah benar nukilan Allahyarham Azizi Abdullah itu ke layar perak.

Penerbitnya, Fadzil Teh berkata, pihaknya dalam proses perbincangan dan mendapatkan pandangan daripada beberapa pihak.

“Apabila kita terbitkan drama ini dan ditayangkan di Slot Lestary TV3 tahun lalu, banyak sangat maklum balas positif diterima dan mahukan kisah ini difilemkan pula.

“Kebanyakannya tidak puas dengan apa dipaparkan. Apatah lagi masih banyak kisah yang belum dipaprkan dalam drama. Jadi, penonton inginkan lagi,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Fadzil, jika perancangan itu menjadi pihaknya akan mengekalkan barisan pelakon selain menambah beberapa pelakon terkenal lain bagi disesuaikan dengan watak yang ingin diperkenalkan.

“Insya-Allah, kalau boleh kita nak pelakon sama. Tidak perlu dinafikan lakonan daripada setiap mereka sangat bagus. Itu juga antara kekuatan drama ini selain kisah dan jalan cerita.

“Cuma, untuk filem ini akan ada beberapa pertambahan watak berdasarkan kisah yang belum dipaparkan dalam drama. Jadi, doakan perancangan ini dipermudahkan,” katanya.

Dalam masa sama, Fadzil berkata pembikinan filem itu bukan untuk mengutip keuntungan, sebaliknya mahu berkongsi karya agung itu.

“Soal kutipan belakang kira. Kalau dapat berjuta ia adalah bonus. Sebab kita tak tahu penerimaan penonton untuk kisah sebegini jika ia difilemkan,” katanya.

Terdahulu, drama Ayahanda menampilkan pelakon hebat seperti Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Shahz Jasle, Rita Nadira, Nor Khiriah, Sherry Ibrahim dan Mimi Asmidar.

Ayahanda adalah novel berdasarkan kisah benar nukilan Allahyarham Azizi Abdullah, penerima SEA Write Award 1988, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
19,122
Total active cases
Updated on May 27, 2023 7:11 am

Latest Articles

Skip to toolbar