32.1 C
Malaysia
Friday, May 26, 2023

DAP, UMNO tutup pintu buat Norhizam

KUALA LUMPUR: DAP berpegang kepada pendirian menolak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee, mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menegaskan Norhizam yang dikenali sebagai ‘YB Viral’, boleh melupakan hasrat mewakili DAP kerana parti tidak akan menerima individu yang pernah keluar meninggalkan perjuangan.

Loke berkata, DAP tidak menerima ‘katak politik’ dan akan menjadikannya sebagai dasar rasmi parti untuk menolak individu melompat parti, sama ada daripada DAP atau parti lain.

“Norhizam menyatakan dia sedia bertanding dalam PRU-15 sama ada menerusi tiket UMNO atau DAP. Saya nak maklumkan, dia boleh lupakan hasrat mewakili DAP.

“DAP tidak akan menerima ‘katak’ sepertinya dan kami akan jadikan perkara ini sebagai pendirian dan dasar rasmi parti. Kami tidak akan sesekali menerima individu yang melompat parti, sama ada daripada parti lain atau DAP sendiri.

“Bagi kes Norhizam, ia jelas. Dia melompat keluar ketika kita rebah. Sekarang selepas tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dia nak kembali? Lupakan saja. Kami ada ramai calon lebih baik dan berkelayakan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini, hari ini.

Ahad lalu, Norhizam dilapor menyatakan hasrat bertanding merebut kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya dalam PRU-15, dan sedia kembali menjadi ahli DAP atau menyertai UMNO untuk tujuan itu.

Pada PRN Melaka, Norhizam yang bertanding sebagai calon Bebas, tewas di kerusi Parlimen Pengkalan Batu apabila hanya meraih 1,218 undi, sekali gus gagal mempertahankan kerusi yang dimenanginya atas tiket DAP ketika PRU-14.

Beliau adalah antara empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang menarik sokongan terhadap pentadbiran Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada Oktober tahun lalu, menyebabkan kerajaan negeri Melaka tumbang dan PRN Melaka dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Loke menegaskan, DAP juga tidak akan menerima ahli politik daripada parti lain yang mahu menyertai DAP sekiranya mereka memiliki jawatan Ahli Parlimen atau ADUN.

“Jika individu daripada parti lain memiliki jawatan seperti Ahli Parlimen atau ADUN, kami tidak menerima mereka. Itu sebabnya kami mahukan Akta Antilompat Parti,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
19,122
Total active cases
Updated on May 26, 2023 3:16 am

Latest Articles

Skip to toolbar