29.7 C
Malaysia
Thursday, June 1, 2023

Cubaan Motor Cucuk Rapat Polis Escort JPAM Gagal

Kuala Lumpur: Tular di media sosial rakaman video seorang penunggang motosikal mengekori rapat sebuah kenderaan peronda polis yang sedang mengiringi ambulans sebelum dihalang oleh seorang anggota polis bertugas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya terkesan video berdurasi 35 saat dimuat naik satu pemilik akaun TikTok memaparkan sebuah motosikal mengekori kenderaan polis yang sedang memberi laluan kepada ambulans.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 8.40 pagi ini ketika satu pasukan Unit Polis Peronda Lebuhraya (HMPV) JSPT Kuala Lumpur sedang membuat penugasan rondaan dan pemantauan di sekitar Jinjang serta Kepong.

“Semasa rondaan pasukan melihat sebuah ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM) dari arah bulatan Kepong terhalang laluannya akibat kenderaan padat menghala ke Jalan Kuching.

“Berikutan itu, anggota HMPV mengiring ambulans berkenaan sehingga menghala ke tempat kemalangan yang membabitkan dua motosikal bagi bantuan kecemasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam video yang tular dengan ucapan terima kasih Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu terlihat seorang penunggang motosikal mengekori rapat kenderaan pasukan kecemasan sebelum dihalang oleh salah seorang anggota polis yang berada dalam kenderaan itu.

Justeru, JSPT memberi peringatan kepada penunggang motosikal supaya tidak bertindak demikian.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 1, 2023 8:03 am

Latest Articles

Skip to toolbar