30.6 C
Malaysia
Saturday, September 24, 2022

Conte mahu tuntut PSG gaji RM137j setahun

London: Antonio Conte dijangka menuntut gaji dua kali ganda daripada apa yang diterimanya di Tottenham jika diminta mengendalikan Paris Saint-Germain, menurut laporan hari ini.

PSG dilapor bakal memecat pengurus Mauricio Pochettino selepas mengharungi musim yang tidak konsisten walaupun baru sahaja menghadiahkan gelaran liga ke-10 dalam sejarah kelab.

Conte muncul calon pilihan menggantikan Pochettino kerana pesaing utama yang juga bekas pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane dikaitkan dengan tugas Perancis, menurut laporan Le 10 Sport.

Bagaimanapun, RMC Sport menjangkakan pakar taktikal Itali itu mahu gaji sekitar £25 juta (RM137 juta) setahun, bermakna dua kali ganda daripada gaji £13 juta (RM71 juta) di Spurs.

Selain itu, bekas pengurus Chelsea itu juga mendesak diberi kuasa dalam perpindahan pemain dan ia antara sebab pengurus berusia 52 tahun itu mahu membawa bersama barisan kejurulatihannya ke Paris.

Tottenham menampilkan peningkatan prestasi sejak Conte menggantikan Nuno Espirito Santo pada November lalu. Spurs kini di tangga kelima dalam carta Liga Perdana dengan hanya dua mata memisahkan mereka dengan Arsenal dan tangga keempat.

Sumber : Agensi

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,717
Total active cases
Updated on September 24, 2022 5:01 am

Latest Articles

Skip to toolbar