25 C
Malaysia
Wednesday, September 27, 2023

Cip Apple M2 Diumumkan Akan Muncul Dalam iPad Pro (2022)

Kali terakhir Apple mengemas kini penawaran iPad Pro adalah dalam bulan April 2021 menerusi iPad Pro 12.9 (Generasi 5) dan iPad Pro 11 (Generasi 3). Ketika itu mereka membawakan naik taraf seperti cip M1 yang baharu serta storan sehingga 2TB dan beberapa naik taraf lain.

Untuk tahun ini, penganalisis di MacRumors menjangkakan yang Apple Akan mengumumkan cip M2 yang lebih berkuasa. Ia cocok dengan tradisi Apple yang masih belum gagal melancarkan iPad baharu dengan cip pemproses baharu sejak tahun 2015.

Selain daripada cip M2, iPad Pro (2022) juga dikatakan hadir dengan teknologi MagSafe untuk pertama kalinya dalam siri ini. Sekiranya benar, ia perlulah sekurang-kurangnya yang menyokong paras kuasa melebihi 15W. Jika tidak, kalau iPad itu sedang lakukan tugas berat, ia cuma melambatkan penggunaan bateri dan bukannya mengisi bateri.

Untuk makluman anda, paras kuasa maksimum yang disokong MagSafe masa ini adalah 15W.

Bukan setakat iPad Pro (2022) digembar gemburkan kemunculannya. Produk seperti MacBook Pro, Mac Mini, dan iMac turut dikhabarkan akan diumumkan bersama-sama iPad ini. Bilakah pelancaran ini akan berlangsung? Ada seorang tipster berkongsikan info yang Apple akan menganjurkan WWDC 2022 dengan kehadiran fizikal dalam awal Jun 2022.

Sumber: TheVerge9to5MacPhoneArena

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar