22.3 C
Malaysia
Saturday, December 9, 2023

Chubb-E akui khilaf. Adegan wanita berpakaian separuh bogel

KUALA LUMPUR: Penyanyi Chubb-E mengakui kecewa babak panas memperlihatkan seorang wanita separuh bogel dalam sedutan video muzik lagu Rambang terpaksa dipotong.

Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 itu berkata, idea asal menampilkan model berkenaan dalam video muzik adalah cetusan idea ibunya.

“Sejujurnya, saya berharap babak ini ada dalam video muzik kerana ia antara idea asal diketengahkan ibu.

“Ibu memberi idea untuk babak ini diwujudkan. Bahkan, ibu sendiri yang mendapatkan model wanita dari Ukraine itu.

“Sekalipun netizen tak suka, keluarga saya sedia maklum. Saya pun tidak sewenang-wenangnya melakukan sesuatu tanpa meminta pandangan keluarga,” katanya kepada BH Online.

Chubb-E atau nama sebenarnya, Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy menyifatkan, babak itu tidak perlu disensasikan, sambil memberi contoh video muzik penyanyi rap seperti Caprice dan Joe Flizzow pernah menggunakan konsep yang sama.

“Betapa sedih apabila babak ini terpaksa disunting dan dibuang. Ikutkan saya memang rancang menjadikannya salah satu gimik selepas lagu Rambang dilancarkan.

“Video muzik ini dirakamkan, awal Februari lalu. Bagi pandangan saya, babak ini tidak menimbulkan masalah pun.

“Lagipun, saya merujuk dan mengambil idea video muzik artis terdahulu.

“Joe dan Caprice pun ada memaparkan babak wanita berpakaian bikini dalam video muzik lagu mereka,” katanya yang ditemui pada majlis berbuka puasa Ace Talent dan majlis pelancaran lagu OOTD Raya, baru-baru ini.

Kata pelakon drama Projek Anchor: SPM itu, dia melihat netizen sekarang sensitif tidak tak bertempat.

“Namun, saya pelik pula apabila babak kontroversi ini dibuang, ada pula netizen geram kerana tiada bahagian itu. Semuanya, jadi serba tidak kena.

“Apabila babak tak dibuang, dikecam pula,” ujarnya.

Terdahulu, tular foto berunsur lucah sedutan video muzik lagu Rambang sehingga mengundang kecaman netizen. Disebabkan terima kecaman, Chubb-E terpaksa membuang babak bersama wanita berkenaan dalam video muzik Rambang.

Sumber : Berita Harian

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 8, 2023 3:56 pm

Latest Articles

Skip to toolbar