22.5 C
Malaysia
Monday, September 26, 2022

Chelsea mara ke final Piala FA

LONDON: Thomas Tuchel memuji ketenangan dan fokus Chelsea ketika menewaskan Crystal Palace 2-0 pada separuh akhir Piala FA.

Chelsea bagaimanapun dipaksa bekerja keras Di Wembley sebelum menempah pertemuan dengan Liverpool pada final 14 Mei nanti.

Ruben Loftus-Cheek membuka jaringan buat skuad kendalian Tuchel dan Mason Mount memastikan kemenangan untuk penampilan final ketiga berturut-turut mereka di kejohanan itu.

Ia adalah final Piala FA kelima Chelsea dalam tempoh enam tahun dan peluang terbaik mereka untuk menebus kekecewaan selepas tewas kepada Arsenal dan Leicester pada tahun 2020 dan 2021.

Kemenangan itu juga mengubat kekecewaan di suku akhir Liga Juara-Juara Eropah di mana mereka tersingkir di tangan Real Madrid walaupun berjaya bangkit mengatasi defisit 3-1 sebelum tewas dalam masa tambahan.

“Saya rasa persembahan amat terkawal dan sangat serius. Ia sukar, lawan menukar sistem mereka sebanyak dua kali, tetapi kami mematahkan serangan balas mereka.

“Ia amat mencabar daripada segi mental dan fizikal. Kami adalah pasukan yang mempunyai paling banyak minit di Eropah,” kata Tuchel.

Tuchel berjaya memenangi Liga Juara-Juara, Piala Dunia Kelab dan Piala Super UEFA sepanjang membimbing Chelsea, tetapi masih belum berjaya meraih sebarang trofi domestik.

Kemenangan ke atas Palace memastikan harapan untuk mengakhiri musim dengan trofi masih benyala, walaupun lawan di final nanti adalah Liverpool yang masih di landasan untuk memburu empat kejuaraan musim ini.

The Reds yang menewaskan pendahulu Liga Perdana Inggeris Manchester City 3-2 dalam satu lagi aksi separuh akhir, mengecewakan Chelsea pada final Piala Liga musim ini menerusi sepakan penalti.

Sumber : AFP /Astro Sport

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,532
Total active cases
Updated on September 26, 2022 10:29 am

Latest Articles

Skip to toolbar