21.1 C
Malaysia
Sunday, October 1, 2023

Chelsea hampir pasti dapat pemilik baharu

London: Chelsea berkata hari ini bahawa perjanjian terakhir sudah dicapai untuk menjual kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kepada konsortium diketuai pemilik bersama Los Angeles Dodgers, Todd Boehly yang disokong Clearlake Capital.

Pengambilalihan itu dijangka akan dilengkapkan pada Isnin.

Konsortium berkenaan yang menang tawaran untuk memiliki kelab dari London itu awal bulan ini, mendapat kelulusan daripada EPL dan kerajaan British minggu ini untuk meneruskan proses berkenaan.

“Kelab Bolasepak Chelsea mengesahkan bahawa perjanjian akhir sudah dimeterai malam semalam untuk menjual kelab kepada konsortium Todd Boehly/Clearlake,” kata kelab itu dalam satu kenytataan.

Pemilik dari Russia, Roman Abramovich mahu menjual kelab itu pada awal Mac berikutan pencerobohan Russia terhadap Ukraine ytang digelar Moscow sebagai “operasi ketenteraan khas.”

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar