21.9 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Chelsea belasah Southamptom 6-0

London: Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel memuji keazaman tinggi pasukannya yang kembali bangkit selepas mereka menyelesaikan tugas sukar minggu ini dengan membelasah Southampton 6-0.

Timo Werner melakukan percubaan yang mengenai palang sebanyak tiga kali tapi masih mampu meledak dua gol ketika Chelsea kembali mendapatkan rentak kemenangan selepas kalah 1-4 kepada Brentford dan 1-3 berdepan Real Madrid di suku akhir pertama Liga Juara-Juara.

Mason Mount juga menjaringkan dua gol dan Marcos Alonso serta Kai Havertz juga mencetak nama sebagai penjaring.

Chelsea mendahului 4-0 selepas beraksi setengah jam dan menambah dua lagi gol dalam tempoh 10 minit sebaik separuh masa kedua bersambung.

Kemenangan keempat dalam lima aksi liga membolehkan Chelsea semakin hampir menamatkan saingan musim ini di tempat ketiga.

“Ia adalah persembahan yang sangat baik dan wajar mencatat kemenangan.

“Ia adalah stadium yang sukar untuk dikunjungi tetapi kami menjadikannya kelihatan mudah.

“Dalam penguasaan bola, kami sangat fokus jadi ia adalah persembahan yang sangat baik dan keputusan yang sangat baik,” kata Tuchel.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 5, 2023 11:19 pm

Latest Articles

Skip to toolbar