23.8 C
Malaysia
Wednesday, September 27, 2023

Chef Ammar kecewa, dituduh jual menu harga Tel Aviv

SHAH ALAM – “Saya tidak paksa sesiapa untuk beli. Berbelanjalah ikut kemampuan, tapi apa yang buat saya sedih dan sakit hati ialah bila mereka cakap orang Palestin jual makanan harga Tel Aviv (mahal).”

Demikian luahan hati Chef Ammar Al-Ali atau dikenali sebagai Chef Ammar yang tersinggung dengan kata-kata warganet yang melabel warga Palestin tersebut menjual makanan Tel Aviv atau dimaksudkan sebagai terlampau mahal di Malaysia.

Beliau ketika ditemui oleh Sinar Harian di Bazarena Stadium Shah Alam, Seksyen 13 di sini berkata, walaupun terjejas dengan kenaikan harga barang mentah, pihaknya cuba menawarkan harga kompetitif.

Ammar berkata, harga salah satu hidangan popularnya iaitu Nasi Arab lauk betis kambing (lamb shank) naik sebanyak seringgit menjadi RM50 berbanding harga RM49 pada tahun lalu.

“Kita nak jual makanan, cuma lebihkan seringgit sahaja selepas ia dikurangkan daripada harga asal iaitu RM53. Selebihnya saya terpaksa tanggung (kos) kerana semua barang naik harga sebab saya nak beri semua orang merasa.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui di gerai jualannya di Bazarena Stadium Shah Alam, Seksyen 13 di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun, Ammar memaklumkan banyak pihak menyebelahinya berbanding kecaman yang diterima oleh setelah videonya memarahi warganet rentetan dilabel menjual juadah pada harga mahal.

Sumber : Sinar Harian

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar