22 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Bukan Kerja Persatuan Tangkap Peniaga Asing – PPPKMWP

Kuala Lumpur: Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) tidak menafikan kehadiran peniaga warga asing di Pasar Harian Selayang.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohamad Abdullah berkata, pihaknya juga pernah membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung kehadiran peniaga warga asing di kawasan terbabit.

“Di pihak kita, (persatuan), jika ada maklumat mengenai peniaga warga asing, kita akan lapor kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Ini kerana ia bukan bidang kuasa kita untuk menahan peniaga warga asing ini melainkan jika ada peniaga tempatan yang ‘payung’ mereka (peniaga warga asing),” katanya pada sidang media di Pasar Harian Selayang, di sini, hari ini.

Mohamad berkata, isu peniaga warga asing di Pasar Harian Selayang bukan satu isu baru, malah masalah sama turut berlaku di kawasan lain seperti di Chow Kit sebelum ini.

“Dalam isu ini, peranan orang ramai juga penting dengan tidak membeli barangan jualan daripada peniaga warga asing.

“Apabila tiada permintaan, maka tiada juga bekalan daripada golongan berkenaan. Ini boleh menghentikan permasalahan terbabit,” katanya.

Terdahulu, video laporan berita sebuah stesen televisyen berdurasi dua minit 19 saat mendakwa peniaga warga asing memonopoli perniagaan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur.

Laporan berita itu juga mengaitkan ia berlaku kerana pentadbiran Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dikatakan membiarkan warga asing menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kawalan.

Sumber : Harian Metro / MGNews

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 5, 2023 6:16 pm

Latest Articles

Skip to toolbar