21.1 C
Malaysia
Wednesday, June 7, 2023

Budak tercampak keluar dari kereta ketika membuat pusingan U

Tular sebuah rakaman memaparkan kejadian seorang kanak-kanak tercampak keluar dari sebuah kereta ketika sedang membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat.

Kejadian tersebut telah disedari oleh pemandu kenderaan di belakangnya yang juga turut memberikan bantuan awal menyelamatkan kanak-kanak berkenaan dengan mendukungnya.

Dalam pada itu, keluarga kanak-kanak terbabit bergegas mendapatkannya semula serta cuba menenangkan mangsa yang menangis.

Bagaimanapun, keadaan sebenar kanak-kanak tersebut masih belum dapat dipastikan.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi turut diberikan orang ramai dan ada juga beberapa pengguna tampil memberi teguran kepada golongan ibu bapa untuk lebih peka terhadap keadaan anak-anak ketika berada di dalam kenderaan.

“Mujur kereta belakang tak laju dan langgar, ibu bapa tolong awasi anak-anak dalam kereta, pastikan pintu kereta sentiasa dikunci, tingkap ditutup bagi elak kejadian sebegini berlaku,” kata seorang pengguna.

“Ada budak kecil kena selalu beringat, pintu kena sentiasa kunci, budak kecil suka duduk tepi pintu dan buka tolak pintu kereta, tanggungjawab ibu bapa pastikan keselamatan anak-anak,” tegur pengguna lain.

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
17,316
Total active cases
Updated on June 6, 2023 10:31 pm

Latest Articles

Skip to toolbar