21.5 C
Malaysia
Monday, September 26, 2022

Budak 4 tahun maut dipaksa nenek habiskan sebotol arak

BATON ROUGE, LOUISIANA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan maut selepas dipaksa meminum sebotol arak jenis whisky ketika dihukum oleh neneknya, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Polis bergegas ke sebuah kediaman di bandar Baton Rouge, negeri Louisiana sekitar pukul 11 malam, (waktu tempatan) Khamis lalu selepas menerima laporan mengenai seorang kanak-kanak yang tidak sedarkan diri.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, polis menemui China Record, 4, yang sudah meninggal dunia akibat keracunan alkohol.

Kandungan alkohol dalam darah mangsa diukur mencapai tahap 0.68 peratus, lapan kali ganda melebihi kadar ditetapkan undang-undang AS iaitu pada tahap 0.08 peratus untuk orang dewasa yang memandu.

Adik-beradik China memberitahu polis bahawa mangsa telah terjumpa sebotol arak jenis yang mengandungi 40 peratus kandungan alkohol lalu meminumnya seteguk.

Apabila neneknya, Roxanne Record, 53, mengetahui perkara tersebut, suspek mengarahkan mangsa berlutut di lantai dan menghabiskan minuman itu.

Ibu China, Kadjah Record, 29, dilaporkan hanya berdiri dan menyaksikan kejadian, demikian menurut laporan polis. 

Apabila China mengalami sakit teruk, Roxanne dan Kadjah meletakkan mangsa di dalam bilik mandi di mana dia kemudiannya ditemui meninggal dunia. Mereka tidak mendapatkan rawatan untuk China sehingga mangsa didapati berhenti bernafas, kata laporan tersebut.

Roxanne mengaku bersalah dan memberitahu polis bahawa dia mahu bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian China. Dua wanita berkenaan ditahan keesokan harinya dan didakwa atas kesalahan membunuh.

Sumber : Agensi

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,278
Total active cases
Updated on September 25, 2022 8:31 pm

Latest Articles

Skip to toolbar