21.5 C
Malaysia
Tuesday, December 12, 2023

Boleh disaman jika hala CCTV rumah jiran

PETALING JAYA- Seseorang individu boleh dikenakan tindakan saman di mahkamah sekiranya memasang sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan menghalakan alat elektronik ke rumah orang lain.

Menerusi perkongsian seorang peguam, Syaz.MJ berkata, tindakan memasang CCTV dengan menghalakannya ke rumah jiran sebagai satu tindakan salah dan pihak terbabit boleh disaman di mahkamah bagi proses undang-undang.

“Salah jika pasang CCTV hadap terus rumah jiran kerana disifatkan sebagai mengganggu privasi. Mereka boleh disaman di mahkamah dan ada kes yang menang.

“Dalam satu kes, jiran disaman dan mahkamah benarkan kerana CCTV menghadap terus ke rumah dan mengganggu privasi hingga menyebabkan stress,” katanya baru-baru ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan satu klip video tular di laman media sosial sejak semalam dengan memaparkan insiden pergaduhan dua orang lelaki di mana salah seorang daripada mereka didakwa mahu mengintai pergerakan jirannya menerusi pemasangan CCTV.

Difahamkan, menerusi video 2 minit 52 saat itu, lelaki itu dilihat mengamuk kepada seorang jiran kerana didakwa menghalakan pergerakan CCTV ke arah rumahnya sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan terhadap tindakan itu.

Malah, lelaki terbabit turut mendakwa tindakan jirannya menghalakan CCTV ke rumahnya sebagai mahu mengintai pergerakan isterinya memandangkan rumah mereka hanya bersebelahan.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 11, 2023 7:43 pm

Latest Articles

Skip to toolbar