22.1 C
Malaysia
Tuesday, December 12, 2023

Bilangan kenderaan meningkat malam ini di lebuh raya utama

KUALA LUMPUR: Bilangan kenderaan meningkat di beberapa lebuh raya utama namun aliran trafik masih lancar setakat 11 malam ini.

Jurucakap PLUS ketika dihubungi Bernama berkata aliran trafik di KM231.0 ke arah selatan menuju Kuala Kangsar sedikit perlahan kira-kira dua kilometer (km) berikutan terdapat sebuah lori rosak.

Sementara itu, keadaan trafik di KM279.8 dari arah Nilai menghala ke Rehat dan Rawat di Seremban turut mengalami aliran sedikit perlahan susulan berlaku kemalangan kereta di lorong tengah.

Di bahagian utara di Jambatan Pulau Pinang pula situasi trafik terkawal di kedua-dua arah.

Dalam pada itu, menurut jurucakap Lebuhraya Lembaga Malaysia (LLM), walaupun berlaku pertambahan kenderaan keadaan trafik lancar di kedua-dua arah setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Sumber : BERNAMA

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 11, 2023 5:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar