21.1 C
Malaysia
Wednesday, June 7, 2023

Bilal pun bangun masa bersahur

Jika tahun lalu, sambutan Ramadan dijalani berdua iaitu dengan suami tercinta. Ketika itu mereka masih bergelar pasangan pengantin baharu.

Namun, tahun ini pastinya berbeza dengan kehadiran bayi comel sebagai penyeri keluarga sekali gus memeriahkan sambutan Ramadan pertama kali sebagai bapa dan ibu.

Berbeza tahun ini apabila penyanyi terkenal, Ernie Zakri dan suami juga penyanyi, Syamel menjalani ibadah puasa sebagai ibu bapa.

Ernie, 30, atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri yang selamat melahirkan anak perempuan, Nur Khawla Soleha pada 22 Februari lalu menyifatkan sambutan Ramadan sebagai ibu adalah sesuatu sangat indah.

“Pengalaman permulaan sebagai ibu dalam menyambut bulan puasa ini saya boleh kata sangat indah. Perasaannya berbeza, tapi kalau nak kata sentiasa gembira tipulah. Sentiasa ada cabaran dalam membesarkan anak.

“Pada 7 April lalu, Khawla sudah masuk usia 44 hari, jadi semakin lama semakin faham dengan ragamnya. Saya sekarang dah boleh faham dengan tangisan dia. Kalau tak dulu masa awal-awal dengar dia menangis saya dah kelam-kabut. Alhamdulillah masa bulan puasa ini semuanya manis-manis sahaja.

“Saya dengan Syamel juga akan hadapi perkara ini bersama dan kita akan bekerjasama. Disebabkan saya bersalin secara pembedahan, jadi kebanyakan waktu itu memang Syamel akan buat kerja yang berat. Kalau anak bangun waktu malam, Syamel orang pertama yang akan pergi dan pujuknya. Jadi saya akan buat perkara lain,” katanya.

Menurut Ernie juga penyanyi lagu Gundah, dia cuba untuk berpuasa namun tidak mahu memaksa diri.

“Untuk ibu yang baru lepas bersalin dalam bulan puasa ini kita diberi cuti. Terutamanya sebab saya perlu menyusukan anak jadi ada kelonggaran dari sudut itu. Saya ada juga perancangan untuk cuba berpuasa selepas habis berpantang ini, tapi nanti kita tengok keadaan macam mana. Sebab apa yang paling penting adalah kita nak kena pantau anak dahulu,” katanya.

Berkongsi pengalaman menjadi ibu, Ernie berkata, selama 44 hari dia banyak dibantu oleh ‘confinement lady’.

“Pengalaman sepanjang menjaga anak dalam 44 hari tidak begitu banyak dan sangat sedikit. Saya dibantu oleh dua ‘confinement lady’. Seorang menjaga saya untuk rawatan dan seorang lagi menjaga anak. Saya banyak belajar daripada mereka mengenai macam mana untuk menjaga anak, mandikan bayi, apa perlu buat kalau anak menangis malam dan cara nak urut.

“Jadi saya masih lagi dalam pembelajaran dan saya mengambil ‘confinement lady’ ini selama dua bulan sahaja. Tiga hari sebelum raya mereka akan balik dan saya akan buat semua perkara ini dengan suami. Itulah sebenarnya realiti yang akan saya lalui. Tapi alhamdulillah setakat ini saya bersyukur anak saya boleh dikatakan menangis hanya sebab nak susu sahaja dan saya harap sampai bila-bila dia menjadi anak yang sangat baik,” katanya.

Dalam masa sama, Ernie berkongsi dia memanfaatkan sebaiknya tempoh berpantang selain memikirkan faktor kesihatan.

“Memang saya ambil keputusan untuk pantang betul-betul selama 44 hari. Sebenarnya sebelum saya bersalin banyak kerja yang tertangguh jadi kalau boleh saya tak mahu keluar semata-mata bekerja nanti kesihatan saya terjejas.

“Lagipun sebab saya menjalani pembedahan, jadi saya kena jaga betul-betul supaya nanti saya boleh menyanyi dan badan akan rasa sihat. Sepanjang 44 hari duduk di rumah memang dijaga rapi dan saya ambil keputusan untuk tidak keluar langsung kecuali pergi ke hospital. Sekali sahaja saya keluar dalam tempoh itu untuk pergi ke hospital selebihnya duduk di rumah sahaja,” katanya.

Bilal pun bangun masa bersahur – PU Riz

Kehadiran Muhammad Bilal yang kini berusia dua bulan menyerikan lagi kehidupan rumah tangga pendakwah bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz bersama selebriti popular, Neelofa.

“Syukur, alhamdulillah. Apa boleh dikatakan lebih bahagia ada anak. Betul orang cakap, anak penyeri rumah tangga. Lagi satu, suasana berbeza sebelum ada anak. Sekarang, bangun tidur saja boleh tengok muka anak juga. Setiap hari boleh tengok perubahannya. Ada saja perkara yang boleh kita borakkan mengenai anak.

“Sepanjang Ramadan ini, saya rasa rutin sama saja macam bulan lain. Saya dan Lofa kebiasannya bangun seawal jam 4.30 atau 5 pagi dan anak pun akan sedar waktu sama. Masa tulah anak pun nak main juga. Alang-alang tu memang terus bersahur,” katanya.

PU Riz juga ahli perniagaan berkongsi segala penat seharian keluar bekerja hilang setiap kali dapat melihat wajah anaknya.

“Penat macam mana pun, kalau dapat tengok muka anak terus hilang rasa penat tu. Sejuk saja mata memandang.

“Sekarang Bilal sudah dua bulan. Dia dah pandai senyum tengok gusi. Dia juga sudah pandai berinteraksi dengan kami. Dia boleh ‘react’ apa yang kita buat di depannya. Lofa pula jenis suka membaca buku mengenai anak, jadi banyak ilmu pengetahuan seterusnya kami praktikkan ke atas anak,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
17,316
Total active cases
Updated on June 6, 2023 10:31 pm

Latest Articles

Skip to toolbar