POLIS daerah Gombak sedang mengesan seorang lelaki yang memandu kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih, yang dipandu secara berbahaya dan melakukan aksi lagak samseng terhadap pemandu lain dalam kejadian yang berlaku semalam di Jalan Taman Selayang Jaya, Selayang.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed berkata, satu laporan polis telah dibuat berikutan tular rakaman mengenai kejadian dan usaha mengesan pemandu Myvi dan pemilik perakam video (dashcam) itu sedang dijalankan.
“Kes disiasat dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sehubungan itu, individu yang terlibat serta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.
Sumber – Polis Daerah Gombak
Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube