22.1 C
Malaysia
Friday, September 30, 2022

Beri laptop berkualiti, bukan jenis ‘cap ayam’

SHAH ALAM – Kerajaan seharusnya membantu pelajar B40 menyediakan komputer riba yang berkualiti bagi tujuan memudahkan proses pembelajaran, bukannya komputer riba ‘cap ayam’.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tidak pernah meminta kerajaan menyediakan peranti canggih seperti iPad.

Sebaliknya, pelajar perlu dibekalkan dengan komputer riba yang berkualiti untuk memudahkan proses pembelajaran.

“Di Singapura pelajar mereka dapat iPad, saya harap pelajar Malaysia janganlah dapat laptop ‘cap ayam’ lagi.

“Saya tidak pernah minta kerajaan sediakan iPad sebab memang mustahil dengan kapasiti kita.

“Tapi tak boleh lah bagi komputer riba buatan pengeluar peralatan tulen (OEM) yang tidak tahu jenama apa, yang mudah rosak kepada pelajar kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu membekalkan jenama komputer riba yang sedia ada di pasaran untuk memudahkan pelajar menuntut waranti sekiranya berlaku sebarang kerosakan.

“Mereka pun tidak minta iPad, tetapi kalau beri laptop, bagi jenama yang sedia ada di pasaran seperti Acer, Lenovo dan Asus.

“Baru mudah nak tuntut waranti ke, nak hantar baiki ke, nak minta kedai tolong tengok. Kalau jenama entah apa-apa, buatan OEM yang berkualiti rendah, mudah letup, malu dengan negara jiran dan saya kasihankan pelajar kita juga.

“Pelajar kita, tak perlu sampai beri iPad tapi janganlah cari alasan untuk bagi laptop cap ayam ya?” ujarnya.

Sebelum ini, tindakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mempamerkan tablet tersebut di laman Twitter miliknya pada 3 April lalu mendapat perhatian netizen yang mempersoalkan kualiti tablet percuma dibekalkan kepada setiap pelajar B40 di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menerusi program Peranti Siswa Keluarga Malaysia itu.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa jenama tablet tersebut masih belum dikenal pasti tetapi papan kekuncinya kelihatan seperti papan kekunci OEM Bluetooth yang boleh dibeli dalam talian dengan harga kurang daripada RM100.

Annuar bagaimanapun tidak menjelaskan hal sebenar ketika ditanya berhubung spesifikasi tablet tersebut.

Sebaliknya beliau berkata, perolehan itu masih dalam proses dan bakal dimuktamadkan oleh Kementerian Kewangan (MOF).

Sumber : Sinar Harian

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,713
Total active cases
Updated on September 29, 2022 8:22 pm

Latest Articles

Skip to toolbar