22.9 C
Malaysia
Sunday, June 4, 2023

Berebut kereta di pagi Syawal, lelaki didakwa pukul abang sehingga parah

AYER KEROH: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan memukul abang kandungnya dan menyebabkan kecederaan parah pada pagi satu Syawal lalu, dipercayai angkara berebut kereta milik ibu untuk pergi beraya.

Tertuduh, Nabil Sarip, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap abang kandungnya, Muhamad Farok, 38, dengan menggunakan sebilah pisau pemotong ayam.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 10 pagi, di Taman Tanjung Minyak dalam daerah Melaka Tengah pada 2 Mei lalu.

Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu di sebuah pusat boling didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Difahamkan, insiden berlaku selepas tertuduh bertengkar dengan abangnya ekoran berebut kereta jenis pacuan empat roda milik ibu mereka pada pagi Syawal itu.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya N Sivashangari tidak mencadangkan sebarang jaminan dengan mengambil kira kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Tertuduh yang diwakili peguam Amritpal Singh bagaimanapun merayu jumlah berkenaan dikurangkan dengan alasan lelaki itu menanggung kedua ibu bapa yang sudah uzur.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,500 dengan seorang penjamin selain mengingatkan tertuduh untuk tidak menganggu mangsa.

Mahkamah turut menetapkan 7 Jun ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Sumber : Astro Awani

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 3, 2023 5:49 pm

Latest Articles

Skip to toolbar