24.1 C
Malaysia
Thursday, September 29, 2022

Beraya rumah isteri atau suami?

Kuala Lumpur: Di sebalik kegembiraan menyambut Syawal, tidak dinafikan suhu rumah tangga adakalanya ‘panas’ terutama membabitkan penggiliran untuk beraya bersama keluarga masing-masing.

Tambah membimbangkan apabila perbalahan sedemikian juga boleh menyebabkan perceraian dalam kalangan pasangan suami isteri.

Berkongsi tips mengatasi masalah itu, Pakar Kaunseling Perkahwinan dan Keluarga, Dr Fauziah Mohd Saad berkata, toleransi adalah kunci utama kepada penyelesaian masalah ini.

Katanya, sudah pasti sikap bertolak ansur mampu meredakan ‘suhu’ rumah tangga apabila suami atau isteri enggan mengalah dalam membuat keputusan.

“Isu ini nampak remeh tapi ia sebenarnya boleh bawa mudarat yang besar jika tidak diatasi dengan baik oleh pasangan.

“Pasti setiap orang mahu beraya bersama keluarga masing-masing namun apabila sudah berumah tangga, keadaan ini perlu disesuaikan dengan persetujuan bersama.

“Sistem penggiliran juga baik jika dilaksanakan dan ia boleh mengharmonikan rumah tangga daripada berbalah. Walaupun setahun sekali menyambut Aidilfitri namun masalah sama pasti berulang dan menjadi perdebatan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, komunikasi yang baik boleh memastikan isu sebegini tidak berlarutan sesuai dengan konsep bermaafan pada setiap kali menyambut Syawal.

“Jangan disebabkan penggiliran beraya, sambutan Aidilfitri tidak ceria malah akan bermasam muka.

“Persepsi keluarga mentua juga perlu diambil kira khususnya ibu bapa yang berusia kerana mungkin akan lebih mudah tersinggung,” katanya.

Katanya, sebagai pasangan yang datang dari latar belakang keluarga berbeza, suami dan isteri bertanggungjawab untuk bertolak ansur demi mencapai kebahagiaan.

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,713
Total active cases
Updated on September 29, 2022 11:59 am

Latest Articles

Skip to toolbar