21.8 C
Malaysia
Sunday, December 10, 2023

Bekas diplomat dan anak didakwa kes ganja

BENTONG – Bekas diplomat bergelar Datuk dan anak lelakinya yang ditahan kerana disyaki menanam pokok ganja didakwa di Mahkamah Majistret Bentong hari ini atas tuduhan memiliki dan mengedar tumbuhan tersebut.

Tertuduh, Zainal Abidin Alias, 78, dan anaknya, Mohamed Rizal Zainal Abidin, 53, dituduh mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati dan Seksyen 9 akta sama yang nembawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.

Mohamed Rizal turut didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Tiada pengakuan direkodkan daripada dua beranak tersebut di hadapan Majistret Shahrul Ekhsan Hashim.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka berdua didakwa mengedar 1,020 gram ganja di Lot 5718, Kampung Sum Sum Hilir, Janda Baik di sini pada pukul 6.10 petang, 21 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) ADB yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua tertuduh juga pada waktu dan tarikh sama didakwa menyimpan minyak ganja seberat 60 mililiter yang boleh dihukum di bawah Seksyen 9(1)(b) ADB.

Mohamed Rizal turut dituduh menggunakan dadah jenis ’11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid’ dengan cara salah di bawah Seksyen 15 (1) ADB dan dibaca bersama Seksyen 38B ADB.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Pahang, Mohammad Khalid Ab. Karim bersama Tuan Hayda Faridzal Abu Hasan dan S. Punitha manakala tertuduh diwakili peguam Rahmat Hazlan, Tania Scivetti dan Kamil Azman.

Mahkamah tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Jun ini.

Sumber : kosmo Online

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 9, 2023 10:11 pm

Latest Articles

Skip to toolbar