21.1 C
Malaysia
Sunday, October 1, 2023

Beberapa Sektor Diberi Kelonggaran Gaji Minimum

PUTRAJAYA: Kerajaan memberi kelonggaran kepada beberapa sektor pekerjaan termasuk sektor tidak formal apabila pelaksanaan gaji minimum RM1,500 berkuat kuasa 1 Mei ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata antaranya kerja kampung, syarikat yang kurang daripada lima pekerja dan syarikat yang berdepan kerugian besar seperti sektor perhotelan dan pelancongan.

Beliau berkata kelonggaran yang diberikan adalah sama ketika perintah gaji minimum pada 2012 dan kerajaan juga akan memberikan tempoh setahun kelonggaran bagi mana-mana pihak yang memerlukan dan tempoh itu boleh dipanjangkan mengikut kuasa menteri.

“Pada hari ini kita buat pendekatan sama kepada beberapa sektor termasuk sektor tidak rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Inisiatif Microcredential Berasaskan Industri Pertama Negara Untuk Rakyat Malaysia di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Saravanan berkata, terdapat juga orang kampung yang berkerja menerima gaji antara RM500 hingga RM600 sebulan dan jika majikan mereka dipaksa membayar gaji minimum RM1,500 mungkin pekerja akan kehilangan pekerjaan.

“Sekiranya selepas setahun masih belum dapat dilaksanakan mahupun pandemik COVID-19 berulang, kuasa menteri boleh digunakan untuk dilanjutkan,” katanya.

Sumber : Berita Harian / MalaysiaGazetteTV

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar