21.9 C
Malaysia
Wednesday, October 5, 2022

Bayi maut terjerut buaian, Bapa mahu kes disiasat semula

Bapa kepada bayi maut dikatakan terjerut buaian, Nour Rania Asyifaa Yuseri, 15 bulan, memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, hari ini, terhadap laporan dibuatnya pada 28 Mac lalu.

Yuseri Yusoff, 39, hadir ditemani dua peguam sekitar 4 petang dan hanya keluar selepas hampir dua jam.

“Saya beri keterangan mengenai laporan terbaru dibuat di Sentul tentang memohon siasatan semula kes kematian anak. Buat masa ini saya beri kepercayaan kepada polis menjalankan siasatan. Polis berjanji akan melakukan siasatan telus dan Syifa akan dapat keadilan sewajarnya,” katanya kepada media.

Peguam mewakili Yuseri, Muhammad Amin Anuar berkata laporan polis terpaksa dibuat selepas anak guamnya mendapati tiada perkembangan berkait kes kematian bayinya itu.

“Bila anak guam kita dituduh untuk kes kecil-kecil (seperti) curi motor (motosikal), curi lembu…pun polis akan minta majistret buat reman selama mungkin, atas pelbagai alasan.

“Bila ada kematian dan kematian itu berdasarkan bukti yang ada, (dan) kita dapatkan nasihat pakar forensik, berdasarkan gambar dan cerita pengasuh, sangat berbeza. Kita nak tengok ada perkembangan dalam kes ini. Sesuatu harus dilakukan,” katanya.

Amin berkata, timbul keraguan mengapa masih belum ada pertuduhan dibuat di mahkamah selepas 37 hari berlalu.

Seorang lagi peguam pemerhati, Fira Fahmi berkata Pejabat Peguam Negara harus mengembalikan kertas siasatan kes itu untuk siasatan semula dijalankan.

Katanya, amat pelik apabila tiada reman dikeluarkan walaupun kes itu melibatkan kematian.

“Kalau (kes ini) kemalangan, beritahu macam mana kemalangan itu berlaku? Mana buaian (dikaitkan) dengan kemalangan itu? Macam mana kemalangan terjadi?

“Pihak pendakwaan, PDRM perlu jelaskan apa terjadi? Tak adalah kita berteka-teki. Ini kes pembunuhan ke? Kecuaian ke atau terus nak NFA (tiada tindakan lanjut)? soalnya.

Pada 23 Feb, bayi itu ditemui tidak sedarkan diri selepas lehernya dipercayai tersangkut pada kain buaian di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Taman Nusari Aman 2, Bandar Sri Sendayan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Nanda Maarof, memberitahu kejadian berlaku ketika mangsa ditidurkan dalam bilik oleh pengasuh kira-kira 3 petang.

Bayi itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik kedua rumah pengasuh, yang mana bahagian leher dan kepalanya terkeluar dari buaian dan tergantung pada kain manakala badannya masih berada dalam buaian.

Nanda berkata, ketika kejadian dua pengasuh berada dalam rumah bersama 15 kanak-kanak lain termasuk bayi itu.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada 4.30 petang di Klinik Kesihatan Sendayan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat.

Sumber : Free Malaysia Today

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
23,331
Total active cases
Updated on October 4, 2022 4:04 pm

Latest Articles

Skip to toolbar