21.6 C
Malaysia
Monday, October 3, 2022

Bayaran Pengeluaran Khas KWSP diawalkan bermula esok

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan mengumumkan pembayaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 sepatutnya dijadualkan pada 20 April diawalkan kepada 18 April.

Menterinya Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, langkah itu diambil selepas beliau menerima banyak permintaan menerusi media sosial supaya kerajaan mempercepatkan bayarannya.

“Ramai yang mesej dan komen dalam sosial media saya, ‘YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”

“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti diumumkan sebelum ini.

“Saya harap pengeluaran ini akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri,” katanya menerusi video dimuat naik di Facebook.

Katanya, beliau percaya ramai berasa lega kerana KWSP telah mengumumkan ahli boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM10,000.

“Permohonan untuk ahli berumur bawah 55 tahun mula dibuka pada 1 April lalu dan berakhir pada 30 April ini. Manakala pembayaran bermula pada esok (18 April).

“Bagi mereka yang telah memohon pada awal April lalu, bolehlah (check) periksa akaun masing-masing bermula esok. Kalau belum masuk, jangan risau kerana bayaran dibuat secara berperingkat

“Semoga bantuan ini dapat menjadikan sambutan Aidilfitri lebih bermakna tahun ini. Insya-Allah,” katanya.

Bulan lalu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju membenarkan pencarum KWSP membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000.

Beliau dipetik berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Katanya, keputusan memberi kebenaran pengeluaran caruman KWSP itu adalah keputusan yang sukar kerana ia membabitkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lalu.

Sumber : Astro Awani

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,097
Total active cases
Updated on October 3, 2022 12:29 am

Latest Articles

Skip to toolbar