21.1 C
Malaysia
Sunday, October 1, 2023

Bayar untuk bas ‘VVIP’, tapi dapat bas ekspres biasa

Seorang penumpang yang membayar RM95 untuk menaiki bas ekspres VVIP untuk perjalanan dari Johor Bahru ke Pulau Pinang berasa tertipu apabila dia diminta menaiki bas ekspres biasa.

Ketidakpuasan hati itu membawa kepada pertengkaran antara penumpang dan pekerja bas ekspres di Terminal Bas Larkin di Johor Bahru pada Jumaat.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat berkata, siasatan sedang dijalankan berikutan beberapa klip video kejadian tular di media sosial.

Katanya, penumpang berusia 34 tahun itu juga telah membuat laporan berhubung kelakuan biadap empat pekerja bas ekspres terbabit.

“Siasatan awal kita mendapati punca kejadian berlaku disebabkan pengadu tidak berpuas hati dengan tindakan pekerja bas itu menukar bas ekspres VVIP kepada bas ekspres biasa.

“Harga tiket bas ekspres yang dibeli adalah pada harga RM95 dan tidak setanding dengan keadaan bas yang hendak ditukar dan menyebabkan perselisihan faham berlaku,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata pihaknya sedang mengesan dan mengenal pasti empat individu itu dan akan memanggil pihak syarikat bas terbabit untuk membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi terus Ibu Pejabat Polis Daerah JBS di talian 07-2182323 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber : Free Malaysia Today

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang subscirbe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar