20.8 C
Malaysia
Sunday, September 25, 2022

Bas ekspres rempuh penghadang tol Jelapang, 4 penumpang cedera

IPOH – Seramai 16 penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas yang dalam perjalanan ke Terminal Bas Meru Raya, merempuh besi penghadang tol di Plaza Tol Jelapang arah selatan, di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 3 petang itu menyebabkan empat mangsa cedera ringan dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dan Meru Raya dihantar ke lokasi kejadian.

Katanya, nahas berlaku ketika bas dari Pulau Pinang itu keluar melalui Plaza Tol Jelapang untuk ke Terminal Bas Meru Raya.

“Bas berkenaan merempuh besi penghadang tol menyebabkan cermin hadapan kenderaan itu pecah selain remuk di beberapa bahagian.

“Seramai 16 penumpang berada dalam kenderaan itu melibatkan enam lelaki dan 10 wanita. Empat mangsa yang cedera dihantar ke hospital oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,278
Total active cases
Updated on September 24, 2022 9:31 pm

Latest Articles

Skip to toolbar