21.6 C
Malaysia
Monday, October 3, 2022

Barcelona Sudah Tidak Minat Messi

PRESIDEN Barcelona, Joan Laporta menegaskan skuad Blaugrana itu tidak berminat untuk membawa pulang bekas bintangnya, Lionel Messi ke Nou Camp.

Menurut Laporan, sehingga ke hari ini kedua-dua pihak tidak pernah berhubung atau mengadakan perbincangan berhubung perkara berkenaan.

Malah katanya, Messi juga tidak ada menyatakan minat untuk kembali menyarung jersi Barcelona sejak meninggalkan pasukan berkenaan musim panas lalu.

“Sejak Messi meninggalkan Nou Camp musim panas lalu, kami tidak ada berhubung, apatah lagi bercakap mengenai kemungkinan untuk membawanya pulang ke Nou Camp.

“Lagi pun, kami tidak melihat dia (Messi), mempunyai peluang untuk beraksi dalam kesebelasan Barca ketika ini.

“Oleh itu, kami harap agar perkara ini tidak lagi diperbesar-besarkan lagi, terutamanya oleh pihak media massa,” katanya.

Untuk rekod, Messi meninggalkan Barcelona susulan masalah kewangan yang agak meruncing dialami skuad berkenaan musim panas lalu dan memilih untuk beraksi bersama gergasi Ligue-1, Paris Saint-Germain (PSG).

Mengulas lanjut laporan berkata, pihaknya dalam usaha membina dan membentuk skuad Barcelona yang baharu, menerusi gabungan pemain muda dan pemain senior berpengalaman.

Justeru, dia mengharapkan isu mengenai kepulangan Messi ke Nou Camp, tidak akan ‘mengganggu’ pembentukan berkenaan.

“Secara keseluruhannya, ia sememangnya tidak mudah apabila terpaksa ‘melepaskan’ pemain seperti Messi, tetapi ketika itu kami seboleh-bolehnya tidak mahu menanggung risiko susulan situasi semasa kewangan kelab.

“Bagaimanapun, dia tetap seorang pemain hebat dan akan terus dikenang di Nou Camp,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,097
Total active cases
Updated on October 3, 2022 1:31 am

Latest Articles

Skip to toolbar