31.3 C
Malaysia
Sunday, September 25, 2022

Banjir kilat, Janda Baik bagaikan sungai, 140 buah rumah dinaiki air, tanah runtuh

HUJAN lebat dan banjir kini tidak lagi bermusim. Tidak hanya pada musim tengkujuh, banjir berlaku pada bila-bila masa di luar jangkaan.

Banjir kilat lazimnya disebabkan hujan lebat yang luar biasa mengancam nyawa.

Baru-baru ini tular video yang memaparkan banjir yang berlaku di kawasan peranginan di Bentong, Pahang iaitu Janda Baik.

Menurut video yang tular, banjir tersebut disifatkan kedua paling teruk. Ia memusnahkan struktur dan mengakibatkan kerosakan pada calet dan resort di sekitarnya.

Lapor Bernama, hujan lebat berterusan sejak jam 3.00 pagi mengakibatkan beberapa kawasan di sana termasuk empat kampung dilanda banjir kilat dan tanah runtuh.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bentong memaklumkan (setakat 8 pagi) lebih 140 rumah di Kampung Sum-Sum, Kampung Lampin, Kampung Cheringin dan Kampung Pulau Santap dinaiki air.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera.

Lapor Bernama, Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata trend air kini menurun dan terdapat beberapa lokasi berlaku tanah runtuh, namun pelbagai pihak yang berkaitan telah berada di kawasan terbabit bagi mengawal keadaan.

JALAN DITUTUP

Beliau berkata susulan tanah runtuh, jalan lama Bukit Tinggi-Genting Sempah telah ditutup namun jalan ke arah Janda Baik masih boleh dilalui kenderaan.

“Mangsa yang terlibat adalah penduduk tempatan dan tiada pusat pemindahan sementara dibuka buat masa ini” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad Radzimah Mohd Radzi memaklumkan laluan utama di KM68 arah ke Kuala Lumpur di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) masih selamat untuk digunakan, meskipun beberapa kawasan berhampiran dinaiki air.

“Sungguhpun hujan mula reda pada waktu ini, pihak ANIH Berhad sedang memantau paras air Sungai Bentong sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

5 tip harungi banjir kilat di jalan raya

1-Jika boleh, elakkan kawasan banjir dengan menggunakan aplikasi Waze. Selalunya pengguna-pengguna Waze yang lain akan ‘update’ lokasi yang mengalami kenaikan air secara mendadak.

2-Mendengar hebahan melalui radio membantu mencari jalan alternatif ke destinasi.

3-Sekiranya anda telah tiba di kawasan yang telah mula dinaiki air, pastikan kedalaman air adalah selamat untuk dilalui oleh kenderaan. Contohnya, bagi kereta biasa, kedalaman selamat yang boleh dilalui adalah sekitar 6 inci sahaja manakala bagi SUV pula sedalam 2 kaki.

4-Sekiranya air lebih dalam, jauhi kawasan tersebut dan parkir di kawasan yang lebih tinggi sementara menunggu air surut.

5-Jangan hidupkan anda apabila enjin mati di dalam air. Cubaan menghidupkan enjin akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk. Matikan suis kereta anda dan dapatkan pertolongan.

Sumber : Bernama

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,278
Total active cases
Updated on September 25, 2022 9:06 am

Latest Articles

Skip to toolbar