21.5 C
Malaysia
Monday, September 26, 2022

Banjir kilat di beberapa kawasan di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur: Hujan lebat di sekitar pusat bandar menyebabkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat hari ini.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.52 petang mengenai kejadian banjir kilat.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Gombak Selatan, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Titiwangsa dan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Banjir kilat berlaku di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur.

“Pasukan Bomba sedang giat menjalankan operasi penyelamatan serta pemantauan,” katanya.

Antara kawasan terbabit banjir kilat adalah Jalan Kuching, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Semantan, Jalan Pintasan Gambut, Jalan Kinabalu, Jalan Changkat Thambi Dollah, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Travers, Bulatan Dato Onn dan Jalan Merdeka.

Malah banjir kilat itu juga menyebabkan berlaku kesesakan aliran trafik di beberapa jalan utama di pusat bandar.

Sementara itu, Info Cuaca Malaysia memaklumkan beberapa lokasi terbabit antaranya Jalan Semantan, Jalan Parlimen dan Jalan Kuching, Jalan Changkat Thambi Dollah, Travers dan di sekitar kawasan berhampiran Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bagaimanapun, anggota Jabatan Penguatkuasaan DBKL sudah berada di lapangan untuk melancarkan aliran lalu lintas di kawasan yang terbabit.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,532
Total active cases
Updated on September 25, 2022 9:34 pm

Latest Articles

Skip to toolbar