Apple sekali lagi akan mengadakan acara tahunannya yang sering dinantikan iaitu WWDC 2022 dan kali ini tumpuan akan lebih terarah kepada pengenalan perisian iOS bersama-sama iPadOS 16.
Di samping itu, harapan pengguna juga menggunung untuk penggunaan cip baharu khususnya untuk barisan MacBook Air dan pengguna mengharapkan kali ini, Apple menggunakan silikon baharunya mungkin M2 untuk siri MacBook Air berkenaan.
Pengguna boleh menyaksikan siaran langsung WWDC 2022 pada jam 1 pagi nanti menerusi penstriman dan pastinya Apple akan mengumumkan beberapa kemaskini utama khususnya untuk sistem operasi iOS 16.
Sejak setahun lalu, Apple sudah giat memperkemaskan produknya dengan silikon keluarannya sendiri bermula dengan Apple M1 sehinggalah kepada pengenalan M1 Ultra dan kali ini pengguna mengharapkan pengenalan silikon baharu.
MacBook Air antara yang disebut-sebut untuk menerima penggunaan cip baharu berkenaan sekali gus memperkemaskan barisan MacBook Air secara keseluruhannya.
Ia pastinya perkakas produktiviti yang dinantikan oleh semua pengguna dan jika Apple memperkenalkan barisan baharu MacBook Air, ia akan menjadi tumpuan pengguna selain daripada sistem operasi iOS versi 16.
Pada masa sama, Apple juga dijangka akan memperlihatkan sistem operasi untuk MacOS 13, tvOS 16 dan watchOS 9 pada acara berkenaan.
Wujud juga khabar angin bahawa Apple akan memperlihatkan peranti pertama mereka dalam ‘Mixed Reality’ iaitu perkakas VR serta AR yang dinantikan selama ini.
Namun, itu semua hanya jangkaan awal menjelang WWDC 2022 dan semuanya akan terjawab ketika acara berkenaan awal pagi nanti.
Sumber : Harian Metro
Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang subscirbe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube