22.8 C
Malaysia
Monday, June 5, 2023

Anzalna Nasir Selamat Menimang Cahaya Mata Kedua

https://youtu.be/NgzR1TWH9I8

SIAPA sangka, niat untuk melakukan pemeriksaan akhir bertukar menjadi momen tidak terjangka buat pelakon jelita, Anzalna Nasir apabila melahirkan cahaya mata kedua lebih awal dari perancangan asal.

Menurut suaminya, Hanif Zaki, Anzalna sepatutnya menjalani pemeriksaan akhir sebelum bersalin, namun akhirnya dijadualkan menjalani pembedahan kecemasan untuk melahirkan anak kedua mereka.

“Alhamdulillah syukur. Berkat hari Jumaat. Anak kedua kami telah selamat dilahirkan hari ini (20 Mei 2022).

“Sepatutnya hari ini Anzalna melakukan pemeriksaan terakhir (sebelum bersalin). Namun segala-galanya adalah rahsia ALLAH SWT,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram.

Bagaimanapun, Hanif atau nama lengkapnya Muhamad Hanif Muhamad Zaki tidak memaklumkan tentang jantina anak keduanya itu.

Anzalna, 34, dalam satu temu bual bersama media baru-baru ini berharap agar anak keduannya itu dapat dilahirkan pada 31 Mei dan sekali gus berkongsi tarikh lahir dengan anak sulungnya, Mohamad Eidrees yang kini hampir memasuki usia tiga tahun.

Apa pun tahniah buat Anzalna dan Hanif!

Sumber : Sinar Plus

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 5, 2023 1:09 am

Latest Articles

Skip to toolbar