32.1 C
Malaysia
Wednesday, September 27, 2023

Angkara tukar mangga pintu rumah, suami tikam isteri dengan pisau

JOHOR BAHRU – Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menikam isterinya dengan pisau dalam satu kejadian, Jumaat lalu.

Tertuduh, Mohd. Ghazali Nor Hisham, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan kepada isterinya, Aliza Hasan, 32, dengan menggunakan satu alat untuk menikam iaitu sebilah pisau.

Dia didakwa telah melakukan kesalahan itu di kediaman mereka di Taman Desa Rakyat, Pasir Gudang pada pukul 10.30 pagi, 13 Mei lalu.

Mahkamah kemudian menetapkan RM10,000 sebagai wang jaminan dengan turut menetapkan beberapa syarat tambahan yang perlu dipatuhi.

Syarat berkenaan termasuklah tertuduh perlu menyerah pasport antarabangsa miliknya, tidak dibenarkan mendekati mangsa atau mana-mana saksi selain perlu melapor diri sebulan sekali di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.

Sementara itu, berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa, kejadian itu berpunca daripada satu pertengkaran mulut antara pasangan suami isteri berkenaan berhubung tindakan mangsa menukar mangga pintu rumah mereka.

Tertuduh kemudian didakwa telah mengambil pisau pemotong daging dan juga sebilah gunting dan cuba menikam mangsa pada bahagian perut sebanyak tiga kali tetapi gagal.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar