31.3 C
Malaysia
Sunday, September 25, 2022

Ali Puteh tiada ‘job’ hampir 2 tahun, terpaksa keluar duit KWSP

Kuala Lumpur: Dalam tempoh dua tahun sejak 2020, pelakon dan pelawak, Ali Puteh, 33, hanya mendapat satu tawaran menjayakan program TV dengan bayaran sebanyak RM300 saja. 

Ali ketika ditemui berkata, tawaran itu diterima pada Ramadan lalu untuk program mengaji Al-Quran di mana dia perlu membaca beberapa surah Al-Quran menerusi panggilan video. 

“Itu saja tawaran diterima dalam tempoh itu. Saya dapat token bayaran sebanyak RM300,” katanya. 

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, sepanjang tempoh itu, dia menggunakan wang simpanannya untuk bertahan meneruskan kehidupan bersama keluarganya.

“Dua tahun lebih tak ada ‘job’ (tawaran kerja). Untuk program Muzikal Lawak Superstar dan Maharaja Lawak Mega di Astro itu lain sebab komuniti pelawak kecil. Tapi, untuk tawaran lain seperti lakonan, pengacaraan dan sebagainya, memang tak ada langsung.

“Dua tahun saya gunakan duit yang saya ada untuk bertahan dan kami berjimat cermat. Saya ada isteri dan anak yang perlu dibesarkan dan setakat ini, masih diberikan kelengkapan yang mencukupi bagi membesarkan mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Ali yang pernah bertugas sebagai pengawal keselamatan turut mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 menerusi pengeluaran khas KWSP yang diluluskan kerajaan, baru-baru ini untuk dijadikan modal perniagaan dan membantu kehidupannya sekeluarga.

“Saya jadikan modal untuk perniagaan daging. Kalau nak diikutkan, jumlah RM10,000 itu tidak mencukupi, namun, saya buat ikut kemampuan saya.

“Kali terakhir saya mencarum adalah pada 2009 ketika saya masih bertugas sebagai pengawal keselamatan suatu ketika dahulu,” katanya.

Bagaimanapun, Ali bersyukur apabila dia mula menerima tawaran berlakon dan bakal muncul dalam sitkom Lot 69 yang akan ditayangkan di saluran Awesome TV bermula 11 Jun ini.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,278
Total active cases
Updated on September 25, 2022 7:04 am

Latest Articles

Skip to toolbar