22.7 C
Malaysia
Thursday, June 1, 2023

Akid tak sabar nak raya

Kota Bharu: “Sudah lama Akid tak pakai baju raya baharu tapi kali ini sangat seronok kerana semua sudah disediakan,” kata Wan Akid Afham Wan Mohd Ruhsemadi.

Wan Akid Afham, 13, remaja yang hidup dalam kemiskinan dan kisahnya tular sejak beberapa hari lalu mengakui Syawal kali ini sangat bermakna kepadanya kerana dapat meraikannya dalam erti kata sebenar selepas menerima banyak sumbangan dan bantuan.

Pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penambang itu berkata, sebelum ini dia hanya memakai baju Melayu yang diberikan orang ramai atau baju lama bersama selipar.

“Rasa sedih sangat kerana sambutan Aidilfitri kami tidak semeriah orang lain, malah tetamu pun tidak datang ke rumah kerana keadaan yang buruk.

“Alhamdulillah, tahun ini Akid sudah ada dua pasang baju Melayu lengkap bersamping, tak sabar nak beraya,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Banggol di sini, hari ini.

Kisah kemiskinan remaja dan keluarganya yang tinggal di sebuah rumah daif itu ditularkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ketika menziarah mereka dan ia turut mendapat perhatian ramai pihak termasuk pendakwah terkenal Ebit Lew yang akan membina kediaman baharu buat mereka enam beranak.

Terdahulu keluarga itu menerima kunjungan daripada Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali bersama rombongan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu serta Balai Polis Badang di rumah sewa mereka di sini, yang dibiayai seorang individu pemurah sementara menunggu rumah baharu siap.

Wan Akid Afham berkata, sejak kisah keluarga mereka tular dan menerima banyak bantuan serta kunjungan bertali arus, mereka sekeluarga dapat menjalani ibadah puasa lebih selesa.

Katanya, jika sebelum ini juadah berbuka dan sahur mereka hanyalah ikan selayang rebus yang digoreng.

“Tetapi beberapa hari kebelakangan, kami menikmati banyak menu sedap yang sebelum ini tidak pernah termimpi dapat makan sebelum ini,” katanya yang bercita-cita ingin menjadi polis.

Anak kepada pasangan Wan Mohd Ruhsemadi, 53 dan Wan Nor Azma Wahab, 46, itu juga meluahkan rasa lega kerana sudah ramai rakan yang ingin berkawan dengannya kini.

Menurutnya, sebelum ini dia sering dihina kerana miskin selain yang sering dihina termasuk dituduh mencuri oleh segelintir rakan sekolah.

Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, dia juga sering diejek tidak mungkin dapat bergelar anggota polis seperti yang dicita-citakan disebabkan bertubuh gempal.

“Akid bercita-cita untuk bekerja dalam unit beruniform tapi ramai yang ejek menyebabkan Akid rasa sedih.

“Tetapi saya akan berusaha sampai dapat suatu hari nanti,” katanya sambil mengesat air mata.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on May 31, 2023 4:21 pm

Latest Articles

Skip to toolbar