22.2 C
Malaysia
Thursday, June 8, 2023

Aizat & Elyssa bahagia jalin cinta

Kuala Lumpur: Penyanyi Aizat Amdan mengakui sedang bahagia menjalin hubungan cinta dengan wanita dikenali Elyssa Alia.

Aizat berkata, dia sudah mempunyai perancangan untuk membawa hubungan yang dibina ke fasa serius apabila sudah merisik teman wanitanya itu pada 12 Februari lalu.

“Insya-Allah, ada dalam perancangan (untuk berkahwin). Dia adalah insan istimewa dalam hidup saya.

“Mudah cakap dia adalah teman wanita sayalah. Untuk hal-hal lain selepas ini, saya akan kongsikan kemudian,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Armani Entertainment Group di Hotel Hilton, di sini, semalam.

Ditanya mengenai bibit perkenalan, Aizat berkata, mereka sudah berkenalan sejak dua tahun lalu dan kini Elyssa menguruskan kerjaya seninya termasuk bertindak sebagai pengurus syarikat miliknya, Kasi Gegar Entertaiment.

“Kali pertama saya jumpa dia ketika dia bertugas sebagai penyampai radio, Rakita.

“Bagi saya, Elyssa seorang yang sangat istimewa dan penyayang. Dia sangat sukakan budak-budak. Itu ciri yang membuatkan saya jatuh hati kepadanya.

“Insya-Allah kalau tiada aral melintang, akan langsung tahun ini. Sekarang saya tak boleh nak beri kata putus lagi,” katanya.

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Sumber : Harian Metro

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
17,316
Total active cases
Updated on June 7, 2023 11:10 pm

Latest Articles

Skip to toolbar