23.9 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Ahli Parlimen menyarankan 8 cara percepat aliran trafik di pondok tol

E.g: Sistem yang ada masih tidak praktikal dan tak mesra alam

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming menyarankan lapan cara untuk menambah baik aliran trafik di pondok tol, termasuk analisis data trafik di lorong MyRFID, Smart Tag dan Touch ‘n Go.

Menurutnya, pemprosesan data raya yang tepat di pelbagai gantri untuk menilai kecekapan masing-masing, terutamanya yang mempunyai trafik tinggi, akan memberi gambaran terkini mengenai kelajuan aliran trafik di pelbagai lorong.

“Jika PLUS dan Touch ‘n Go boleh menunjukkan kelajuan aliran trafik lebih pantas di lorong MyRFID berbanding lorong lain, ini mungkin mendorong lebih ramai pengguna lebuh raya untuk memasang tag MyRFID dan mencapai sasaran kerajaan sebanyak 60% penggunaan RFID menjelang akhir 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Analisis data raya di pelbagai pondok tol juga boleh membantu PLUS dan Touch ‘n Go mengenal pasti kawasan yang berkemungkinan berlaku kesesakan, di mana lebih banyak aset seperti kakitangan sokongan boleh dikerah untuk menyelesaikan masalah pembayaran.”

Ong yang juga bekas timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu turut menggesa penggunaan sistem pesanan ringkas (SMS) atau jenis notifikasi lain untuk mengingatkan pengguna lebuh raya tentang pilihan baki rendah/tambah nilai secara automatik jika baki e-dompet MyRFID mereka berkurangan.

Katanya, pengguna jalan raya juga harus digalakkan untuk menggunakan fungsi tambah nilai secara automatik dalam e-dompet Touch ‘n Go.

Menyedari alasan lazim kenderaan terkandas di pondok tol adalah baki rendah dalam kad Touch ‘n Go atau e-dompet mereka, beliau mencadangkan agar caj baki negatif dibenarkan hanya untuk sekali guna bagi pengguna kad atau e-dompet Touch ‘n Go, diikuti oleh peringatan untuk tambah nilai.

Beliau turut memberi cadangan lain termasuk pelaksanaan MyRFID untuk bas, lori dan kenderaan berat lain serta meningkatkan ketersediaan kad Touch ‘n Go yang dipertingkat, membolehkan kad itu ditambah nilai secara dalam talian.

Ong turut meminta agar MyRFID yang kini dimiliki dan dikendalikan oleh e-dompet Touch ‘n Go untuk dipautkan kepada sistem pembayaran lain bagi menyediakan pelbagai pilihan kepada pengguna lebuh raya.

Selain mendesak garis masa penukaran lorong Smart Tag ke MyRFID, beliau berkata, Kementerian Kerja Raya perlu menyatakan garis masa bagi rancangan keseluruhannya untuk berpindah kepada sistem aliran bebas pelbagai lorong (MLFF) seperti yang diumumkan sebelum ini.

Sumber : Free Malaysia Today

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 6, 2023 9:13 am

Latest Articles

Skip to toolbar