26.2 C
Malaysia
Thursday, October 6, 2022

Agihan RM30 juta untuk Bantuan Prihatin Pahang

LIPIS: Pahang memperuntukkan RM30 juta untuk Bantuan Prihatin Pahang (BPP) yang akan diagihkan kepada empat kluster utama warga negeri itu merangkumi pelajar dan anak muda, kumpulan B40, umum dan apresiasi.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata dana berkenaan akan diagihkan mulai bulan ini hingga Julai depan membabitkan 297,013 penerima.

Katanya, di bawah kluster pelajar dan anak muda ialah pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, pelajar tahfiz, pelajar universiti dan politeknik serta anak muda 18 tahun hingga 21 tahun dan anak muda yang berniaga.

“Kluster B40 terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, gelandangan, nelayan dan pemandu teksi manakala kluster umum adalah penerima di kampung tradisi peneroka, Orang Asli, penjaja harian, serta pengusaha bot dan pemandu pelancong; manakala kumpulan di bawah kluster apresiasi pula adalah veteran tentera dan polis,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang dan Sumbangan Ihya Ramadan dengan kerjasama Yayasan Pahang di Dewan Terbuka Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan di sini.

Bantuan yang bakal disalurkan termasuklah wang tunai RM200 untuk veteran tentera dan polis, nelayan, penjaja harian, pemandu teksi, pelajar universiti, anak yatim, ibu tunggal, pengusaha e-hailing, pengusaha bot, pemandu pelancong serta anak muda lepasan SPM.

Wang tunai RM100 pula akan diagihkan untuk pelajar Tahun 1, pelajar tahfiz, gelandangan, pelajar SPM dan STPM manakala wang tunai RM300 untuk penggiat di media sosial.

“Saya percaya, sekiranya sasaran hasil RM1 bilion pada tahun ini tercapai, tidak mustahil Kerajaan Negeri berupaya untuk meneruskan lagi bukan sahaja Bantuan Prihatin Pahang tetapi juga pelbagai bantuan lain untuk rakyat,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
23,038
Total active cases
Updated on October 6, 2022 2:51 am

Latest Articles

Skip to toolbar