21.8 C
Malaysia
Sunday, June 11, 2023

AEON Malaysia Buat ‘Fashion Show’ Dalam Gerabak MRT Bergerak

AEON Retail Malaysia menyewa gerabak MRT untuk mengadakan AEON Fashion Preview 2022.

Siapa pernah pergi pertunjukan fesyen?

Kalau anda perasan, kebanyakan pertunjukan fesyen dilakukan di pusat beli-belah atau lokasi tertutup dan mempunyai pentas peragaan yang menjadi laluan para model menggayakan busana dari pereka fesyen.

Antara pertunjukan fesyen yang popular di Malaysia adalah Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) yang diadakan sejak tahun 2013.

AEON anjur pertunjukan fesyen dalam gerabak MRT

Untuk menjadikannya sesuatu yang lain daripada kebiasaan, AEON Retail Malaysia menganjurkan pertunjukan fesyen dengan menggunakan gerabak MRT sebagai pentas peragaan mereka.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok rasmi milik AEON (AEON Retail Malaysia), syarikat ini dilihat menyewa satu gerabak MRT untuk mengadakan AEON Fashion Preview 2022.

Gerabak MRT yang bergerak itu dipenuhi dengan para jemputan media di barisan tempat duduk manakala beberapa model tempatan berjalan di laluan tengah sambil menggayakan pakaian dari AEON.

Orang ramai kagum dengan kreativiti AEON

Kebanyakan orang ramai yang melihat video ini memuji kreativiti pihak AEON yang menjadikan MRT sebagai platform pertunjukan fesyen mereka.

Bagus juga kan? Alang-alang itu boleh menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam.

Pasa masa yang sama, ada juga yang tertanya-tanya bagaimana para model menyeimbangkan badan mereka di dalam MRT yang bergerak. Hebat juga model tempatan kita kan?

Mungkin selepas ini kena mula berpakaian cantik sewaktu menaiki pengangkutan awam. Mana tahu tiba-tiba ada orang ajak jadi model pertunjukan fesyen dalam tren.

Sumber : The Rakyat Post

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
17,316
Total active cases
Updated on June 11, 2023 12:10 am

Latest Articles

Skip to toolbar