MOSCOW: Roman Abramovich mengesahkan dia menjadi mangsa serangan senjata kimia yang menyebabkan penglihatannya hilang selama beberapa jam manakala kulit muka dan tangannya menggelupas.
Pemilik Chelsea yang dalam penggantungan itu menyertai rundingan damai antara Russia dan Ukraine.
Abramovich, 55, dikatakan mengalami gejala keracunan berkenaan bersama dua lagi perunding keamanan dari Ukraine selepas memakan coklat beracun ketika rundingan damai itu.
Serangan itu didakwa dilakukan puak pelampau di Moscow yang mahu menggagalkan rundingan damai berkenaan dan meneruskan serangan Vladimir Putin ke atas Ukraine.
Bagaimanapun terdapat laporan yang mendakwa Abramovich diracun secara tidak sengaja.
Ketika dalam perjalanan ke Istanbul, Abramovich mengadu penglihatannya mula kabur, kulit muka dan tangannya menggelupas. Dia kemudian dirawat di hospital.
Kesan sampingan ke atas ketiga-tiga mangsa berkenaan kembali reda pada minggu berikutnya.
Abramovich meninggalkan United Kingdom awal bulan ini selepas digantung oleh kerajaan British susulan hubungan rapatnya dengan Presiden Russia, Putin.
Sejak itu, dia terbabit dengan rundingan damai antara Russia dan Ukraine bagi memulihkan imejnya.