27.6 C
Malaysia
Monday, December 11, 2023

Aaron Aziz positif Covid-19 lagi, alami sakit tekak

Kuala Lumpur: Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz positif Covid-19, hari ini.

Isterinya, Datin Diyana Halik ketika dihubungi berkata, Aaron mengalami simptom sakit tekak bermula pagi hari ini.

“Dia dapat tahu positif Covid-19 sebentar tadi selepas buat kit ujian kendiri. Dia buat ujian itu sebab mengalami simptom sakit tekak dan hilang suara sejak pagi tadi. Dia juga sudah buat ujian RT-PCR dan keputusaannya akan keluar esok,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Diyana, bulan lalu suaminya juga pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa itu keliru dengan hasil ujian kit kendiri yang dibuat selepas menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.

“Tempoh hari apabila buat ujian RTK hasil ujian positif. Keesokannya hasil RT-PCR pula negatif. Tapi, tiada simptom. Jadi, mungkin tak dijangkiti.

“Untuk kali ini memang positif sebab garisan merah jelas. Tak pasti juga sama ada dia dijangkiti dari lokasi penggambaran atau tidak.

“Buat masa sekarang dia menjalani proses kuarantin di rumah. Sementara saya dan dua anak negatif dan tidak ada simptom,” katanya.

Sementara itu, Aaron menerusi hantaran di Instagram memohon maaf pada seluruh pasukan drama Takdir Cinta Dhia.

“Salam semua terutama pasukan dari drama Takdir Cinta Dhia, akhirnya Fayyad tumbang juga. Saya sah positif Covid-19 hari ini dengan simptom.

“Minta maaf sangat atas segala kesulitan. Saya orang terakhir yang terkena dalam pasukan ini, anda semua pelik macam mana saya sebelum ini negatif. Ini membuktikan hanya Allah SWT saja yang tidak sakit.

“Semoga Allah ampunkan dosa saya dan seluruh keluarga saya. Semoga semuanya dalam keadaan baik saja. ‘Stay safe’ semua,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 11, 2023 6:34 am

Latest Articles

Skip to toolbar