21.8 C
Malaysia
Monday, October 3, 2022

84 tahun setia dengan majikan yang sama

Rio de Janeiro: Walter Orthman, 100, dianggap pekerja paling setia apabila bekerja dengan majikan yang sama sejak 84 tahun lalu.

Kesetiaannya sejak 1938 dengan majikan sama mendapat pengiktirafan Rekod Dunia Guinness (GWR).

Orthman mula bekerja dengan Industrias Renaux S A, sebuah syarikat tekstil di Brusque, pada 17 Januari 1938, ketika berusia 15 tahun.

Kerjayanya bermula sebagai pembantu di jabatan penghantaran sebelum dia dinaikkan pangkat menjadi pembantu pentadbiran dan seterusnya pengurus jualan.

Sepanjang tempoh 84 tahun kariernya, Orthman sudah menjelajah seluruh dunia selain menerima gajinya dalam sembilan mata wang yang berbeza.

Dia juga sudah menggunakan hampir semua syarikat penerbangan komersial dalam sejarah penerbangan Brazil.

“Anda mesti menjadi seseorang yang suka bekerja kerana saya mula bekerja dengan keazaman dan kesungguhan.

“Anda tidak boleh melakukan apa saja kerja kerana itu tidak dianggap kerja dan ia tidak akan kekal lama,” katanya.

Pada Februari 2022, Orthmann menerima pengiktirafan GWR sebagai tempoh perkhidmatan paling lama di syarikat yang sama iaitu 84 tahun dan sembilan hari.

Pada 19 April lalu, dia menyambut kelahiran ke-100 tahun namun masih tidak bercadang untuk pencen.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,097
Total active cases
Updated on October 2, 2022 6:52 pm

Latest Articles

Skip to toolbar