26.2 C
Malaysia
Friday, December 8, 2023

6 orang ditahan termasuk pegawai penguat kuasa, disyaki terlibat rasuah luluskan lesen memandu

KUALA LUMPUR : Seramai enam individu termasuk dua pegawai penguat kuasa kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terlibat rasuah bagi meluluskan ujian memandu kelas Kenderaan Perdagangan (GDL).

SPRM menerusi satu kenyataan pada Jumaat menyatakan, perbuatan itu dilakukan membabitkan institusi memandu di sekitar Negeri Sembilan.

“Selain dua pegawai penguat kuasa tersebut, empat suspek lain merupakan tenaga pengajar dan pekerja di institusi memandu.

“Lima daripada enam suspek lelaki tersebut kini telah direman selepas Penolong Kanan Pendaftar Khairunnisa Kasa membenarkan permohonan reman oleh pihak SPRM di Mahkamah Khas Reman Seremban.

“Empat daripada mereka direman selama lima hari, seorang selama tiga hari manakala seorang lagi dilepaskan dengan jaminan SPRM disebabkan faktor kesihatan,” memetik kenyataan tersebut.

Menurut sumber, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 35 hingga 65 tahun itu ditahan sekitar jam 5 hingga 6 petang di Pejabat SPRM Negeri Sembilan pada Khamis.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kesemua suspek yang terlibat dikatakan telah meminta dan menerima rasuah berjumlah antara RM300 hingga RM650 daripada pemohon.

Tindakan itu sebagai imbuhan bagi meluluskan setiap ujian lesen memandu kelas GDL melalui tenaga pengajar institut memandu di negeri itu.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) & Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sumber : Astro Awani

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 8, 2023 1:34 am

Latest Articles

Skip to toolbar