21.4 C
Malaysia
Sunday, December 10, 2023

2 Lelaki Maut Termasuk Staff KKM Dirempuh Lori Ketika Tukar Tayar Tepi Jalan

Salah seorang mangsa dipercayai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah selepas dirempuh oleh lori berkenaan.

Kemalangan adalah sesuatu yang tidak boleh dijangka terutamanya ketika di jalan raya. Boleh dikatakan puncanya sama ada kecuaian pemandu itu sendiri atau persekitaran yang tidak selamat.

Baru-baru ini, satu tragedi menyayat hati berlaku melibatkan dua orang lelaki termasuklah seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang maut dirempuh oleh sebuah lori.

Kejadian yang berlaku di Kilometer 11.5 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur pada jam empat petang itu berlaku ketika mereka sedang menukar tayar kereta yang pancit di tepi jalan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa, siasatan mendapati tayar Proton Preve yang dinaiki oleh Penyelia KKM  berusia 55 tahun itu telah pancit dan pemandu Proton Wira berusia 40 tahun datang untuk membantu.

Kejadian tersebut berlaku apabila pemandu lori tersebut cuba mengelak sebuah kereta Mercedes yang datang dari arah belakang di sebelah kanan sebelum merempuh kedua-dua mangsa di sebelah kiri.

” Sebuah lori dari Kuala Selangor ke Kuala Lumpur dipercayai ingin mengelak ke kanan selepas melihat beberapa orang di bahu kiri jalan. Tetapi pemandu tersebut agak terkejut apabila melihat kelibat sebuah kereta Mercedes di sebelah kanannya (titik buta) dan menyebabkan pemandu lori cuba untuk mengelak lalu merempuh mangsa di sebelah kiri. “

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa.

Kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah dan dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk proses bedah siasat. Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 41 (`1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Video ketika kejadian yang sempat dirakam oleh salah seorang pengguna jalan raya pada waktu itu juga telah tular di laman Facebook sejak semalam.

Sumber : The Rakyat Post

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 10, 2023 12:27 am

Latest Articles

Skip to toolbar