32 C
Malaysia
Friday, September 30, 2022

1MDB | Rohana setuju pulangkan AS$10 juta kepada SPRM

KUALA LUMPUR: Siasatan kes bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) Datuk Rohana Rozhan berhubung pemberian wang AS$10 juta (RM41.8 juta) oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner sedang berjalan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan terhadap aset Rohana yang didakwa diperolehi daripada wang berkenaan.

“SPRM masih lagi menyiasat kes Rohana berhubung dengan AS$10 juta yang diberikan oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc. Proses penyiasatan masih lagi dijalankan berhubung dengan aset-aset berkenaan.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta jangan membuat spekulasi mengenai kes terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, SPRM mengeluarkan perintah pembekuan aset dan akaun bank milik Rohana selepas Leissner mendakwa diperas ugut dalam pembelian sebuah rumah di London menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perintah pembekuan aset Rohana dibuat mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA 2001).

Bloomberg sebelum ini melaporkan, Leissner dalam keterangannya di Amerika Syarikat mendakwa, seorang CEO organisasi media yang mempunyai hubungan sulit dengannya, memeras ugut untuk dibelikan rumah bernilai AS$10 juta dan nama Rohana antara yang disebut.

Dia mengeluarkan dakwaan itu ketika memberikan keterangan di mahkamah New York awal minggu ini dalam perbicaraan kes rasuah bekas rakan sekerjanya, Roger Ng berkait 1MDB.

Leissner dalam keterangannya, mendakwa hubungan berkenaan bermula pada 2003 hingga 2013 dan mendakwa pernah membelikan Rohana rumah di London pada 2013 selepas diugut untuk didedahkan pembabitannya dalam skandal 1MDB.

Dia mengaku bersalah pada 2018 kerana terbabit dalam pelanggaran undang-undang antirasuah Amerika Syarikat dan konspirasi pengubahan wang haram.

Sumber : Berita Harian / Astro Awani

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,174
Total active cases
Updated on September 30, 2022 9:40 am

Latest Articles

Skip to toolbar