22.2 C
Malaysia
Friday, September 30, 2022

19 individu termasuk 13 Gro ditahan di pusat karaoke

Taktik sebuah premis hiburan di Bukit Bintang menjadikan pintu rahsia sebagai laluan pelanggan terbongkar dalam serbuan yang dijalankan sepasukan polis malam tadi.

Serbuan pada pukul 12.40 tengah malam itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Serbuan tersebut berjaya menahan 19 individu termasuk 13 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan (GRO) berusia dalam lingkungan 27 hingga 53 tahun.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, siasatan awal mendapati, sindiket berkenaan telah menjadikan pintu rahsia sebagai laluan pelanggan untuk menyambung operasi perniagaan sehingga pukul 8 pagi walaupun tempoh masa dibenarkan hanya sehingga pukul 12 tengah malam.

“Bagi mengaburi mata pihak berkuasa, premis hiburan ini menggunakan pintu rahsia di belakang untuk pelanggan keluar dan masuk selepas pukul 12 tengah malam dengan hanya membenarkan pelanggan tetap untuk masuk.

“Premis ini juga didapati mempunyai beberapa laluan khas lain yang menuju ke kawasan luar serta parkir untuk pelanggan serta GRO melarikan diri dengan keluar dari premis berkenaan semasa serbuan dilakukan,” katanya.

Mengulas lanjut, jelasnya, premis terbabit juga menyediakan perkhidmatan GRO warga asing yang hanya akan dibawa masuk ke dalam bilik karaoke sekiranya pelanggan bersetuju.

“Pelanggan akan membuat pemilihan GRO melalui gambar menerusi aplikasi WhatsApp yang ditunjukkan oleh ‘kapten’ yang juga pekerja pusat hiburan berkenaan dengan kadar bayaran ditetapkan.

“Kadar bayaran dikenakan bagi GRO warga adalah antara RM1,280 hingga RM2,080 untuk tempoh lima jam pertama dengan bayaran tambahan RM100 setiap jam dikenakan bagi sambungan masa langganan,” jelasnya.

Tambah beliau, selepas pintu sempadan negara dibuka, bukan sahaja GRO dari negara jiran, malah ada GRO dari negara barat datang ke negara ini.

“Premis hiburan ini mempunyai kira-kira 20 bilik karaoke mengikut saiz kecil, sederhana dan besar dengan kadar bayaran bermula dari RM2,200 hingga RM8,000.

“Semua individu yang ditahan dan barang yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk proses dokumentasi serta siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Peraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) akta sama serta Seksyen 3 Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,713
Total active cases
Updated on September 29, 2022 4:14 pm

Latest Articles

Skip to toolbar