26.2 C
Malaysia
Thursday, October 6, 2022

124 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal yang lepak tepi pantai

BACHOK – Polis mengeluarkan 124 saman kepada penunggang-penunggang motosikal kerana pelbagai kesalahan ketika berkunjung untuk beriadah di kawasan pantai di sekitar daerah ini.

Operasi dijalankan oleh 11 anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok selama empat jam bermula 5 petang pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaludin berkata, operasi dilakukan selepas menerima aduan daripada orang awam berkaitan terdapat pengunjung yang menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di pantai-pantai di daerah Bachok.

“Operasi dilaksanakan di Jalan Melawi, Tangok dan Badak di Bachok dengan memeriksa 41 motosikal pelbagai jenis antaranya Yamaha Y15 ZR yang membawa kepada 124 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Kesalahan ubah suai ekzos (9), tiada lesen memandu (18), nombor plat tidak ikut peraturan (8), tiada nombor pendaftaran (13), kesalahan aksesori (9), nombor fancy (7) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (18).

“Tiada perlindungan insurans (12), tiada cermin pandang belakang (15), abai isyarat lalu lintas (5), gagal berhenti (3), ubah suai struktur (3), tiada lampu brek (2), brek tidak berfungsi (1) dan lesen tamat tempoh (1),” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Ujarnya, sejumlah 45 lelaki manakala 10 wanita berusia antara 18 hingga 35 tahun diperiksa dalam operasi itu termasuk yang datang dengan menunggang motosikal dari daerah Kota Bharu, Machang dan Tumpat.

“Sebanyak 41 motosikal dibawa balik ke IPD Bachok untuk pemeriksaan.

“Sejumlah 17 motosikal ditahan untuk dokumentasi mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Tegas beliau, akan terus melaksanakan penguatkuasaan undang-undang terhadap mereka yang mengingkarinya.

“Saya menasihatkan kepada semua yang berkunjung ke pantai-pantai untuk melancong atau beristirahat, patuhi undang-undang demi keselamatan orang ramai,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
23,038
Total active cases
Updated on October 6, 2022 4:52 am

Latest Articles

Skip to toolbar