22.1 C
Malaysia
Monday, May 29, 2023

10 penumpang cedera ringan, bas ekspres terbalik di selekoh

BACHOK – Seramai 10 orang penumpang berdepan detik cemas selepas sebuah bas ekspres yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik semasa melalui selekoh di Jalan Gunong -Jelawat dekat Kampung Bator di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, pemandu bas ekspres jenis Scania yang berusia 27 tahun tidak mengalami kecederaan manakala 10 penumpang hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati, sebuah bas ekspres sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Jelawat di sini untuk menghantar 10 orang penumpang.

Menurutnya, semasa tiba di kawasan selekoh Kampung Bator di sini, bas tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik di tepi jalan.

“Insiden itu menyebabkan penumpang bas berkenaan cedera ringan manakala pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kerja-kerja mengalih dan mengangkat bas tersebut telah dijalankan oleh pihak pengurusan bas ekspres tersebut. Operasi itu selesai kira-kira pukul 11 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Ismail, tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut sehingga pukul 12 tengah hari tadi.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
19,122
Total active cases
Updated on May 28, 2023 7:40 pm

Latest Articles

Skip to toolbar